Thursday 7 April 2011

Kerja Dari Rumah.

Selamat Pagi dan salam sejahtera kepada para bloggers di luar sana. Pernahkah anda terlihat atau terjumpa link seperti Bisness online dr rumah, menjana pendapatan dari rumah, peluang jana pendapatan mudah dari rumah, mudah dapat duit, senang dapat duit, duit masyuk, duit itu, duit ini, duit sini, duit sinun dan bermacam2(ini baru sedikit hehe) lagi. Sebelum itu saya ingin memperkenalkan serba sedikit ttg diri saya. Saya berasal dr Sabah, sudah 'menceburkan' diri dlm arena 'pemblogkan'(btul ke ni) ini sejak pertengahan tahun 2007-2008 lagi. Pada masa tu, post2 yg mungkin akan anda lihat dalam blog saya adalah berkisar ttg cerita tahyul, hantu langsuir, hantu pontianak, kawan hantu(spisis kawan makan kawan+tikam belakang), penanggal, rasuk, paranormal dan bermacam2 lagi yg saya dapat, hasil daripada pengalaman sendiri, dari kawan2, kawan punya kawan, upload sana sini dan macam2 lagilah. Tapi itu dulu...dulu imaginasi saya terlalu 'aktif''.. sehinggakan 'bulih' terbawa2 dlm mimpi cis.. Sekarang saya dah 'stop' buat cerita2 cam tue, buat apa..buat takutkan diri jak. Seperkara lagi, saya gemar/suka mengumpul tab(kod) gitar band2 dr dalam dan luar negara... ala yg mcm korang suka 'kumpul' stem dan duit 'siling' tu.
Okeh, berbalik kita kpd cerita tadi, jana pendapatan dari rumah. Oh ya, tuk pengetahuan para bloggers semua.. blog ni bukan 'tuk' cari duit atau mcm mana cari duit dr internet ..jauh sekali 'meyimpang' mahu jadi kaya k. Disini, aku(malas gn saya) cuma berkongsi topik cerita pada rakan2 dan bloggers. Adakah bekerja dari rumah ini, sesuatu yg bagus ataupun tidak...terlalu byk pro termasuk cont yg kita boleh dpt. Saya rasa 'sedara'2 semua sda sedia maklum ttg pro dan cont bukan. Salah satu pronya, bekerja dr rumah ni..kita rasa lebih tenang dan bebas..cont nya pla.. bila dah rasa tenang..kita jadi malas pula..apa ke hal..(bersambung)

Wednesday 6 April 2011

PTC

PTC? Apa itu PTC. Adakah ia bahasa kasar atau bahasa mencarut. Cuba korang buat ayat ngan ptc ni.."Hoi! Kalau ya pun nak beromen, jangan lah buat didepan tangga umah aku, 'PTC' tul la punya orang"... hem...saya rasa tidak sesuai. Oklah, sebenarnya PTC tu singkatan dari Pay To Click/Paid To Click. Dimana, apabila seseorang itu klik.. dpt duit..klik lg sekali...tak dpt duit (apa ker jadah hehe). Apa bende la klik dapat duit kn..mcm bodoh pula..klik je dpt duit(sebenarnya ia tidakla bodoh sangat k). Secara amnya anda akan dibayar bila anda klik pada sesuatu iklan, tp kna tggu beberapa saat lu..hingga iklan yg anda klik tu valid. La.. kena tunggu lagi?Ya, kena tunggu beberapa saat berdasarkan kan iklan yg dipilih. Selalunya setiap syrkt PTC mempunyai tempoh menunggu yg berlainan..ada yg 2 saat, 5 saat, 10 20 saat pun ada k.

Berapa Modal untuk Join PTC ni?
Hahaha..nampak berminat jer?. Oklah, tujuan sebenar orang gemar ngan program ni adalah sebab 'simplicity'nya . Modal tidak perlu, cukup sekadar tahu mana satu monitor ngan keyboard(papan kekunci) dan tahu cara tuk menggunakannya.. Malahan, jika anda mempunyai seekor kucing, anda bolehlah mula mengajar kucing anda cara2 untuk 'mengelik' tetikus(mouse) bagi pihak anda, mudah bukan? Oh ya perlu ada internet connection(untuk rumahla). Kalau tidak ada ..cukuplah sekadar pergi ke cyber cafe anda yg berdekatan.

PTC ni bukan Scam ker?
Ya dan tidak.Ya! kalau kita join syarikat PTC yg terkenal SCAM dan Tidak! bila kita join syarikat PTC yang betul2 jujur membayar duit kepada ahlinya. Macan mana nak tau yang mana satu syarikat yang Legit dan mana yang Scam?Itu..akan saya terangkan nanti.